Thursday, 13 December 2012

1st time buat Kek Span Rainbow ( Seddaapp~~ )

Bahan-bahan ( 1 biji kek )



150g tepung super fine / hongkong
150g gula halus
5 biji telur gred A-maybe lenkali nak buh 6 biji 
1 sudu besar ovelette
80ml susu segar
80ml mentega cair/minyak sayuran
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna-ungu,hijau(pandan),oren,biru,kuning dan merah

400ml Whipping cream untuk mendeko-dipukul sehingga soft peak(terbalikkan mangkuk,adunan x tumpah)/atau boleh juga guna whipped cream..

Cara-cara:
  1. Satukan gula halus,ovellette,tepung,serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga pekat dan gebu(lebih kurang selama 5 minit) pada kelajuan tinggi
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar dan pukul lagi pada kelajuan tinggi sehingga kek benar2 ringan(lebih kurang dalam 3-5 minit)
  4. Tuangkan mentega cair/minyak ke dalam adunan dan gaul menggunakan senduk kayu sehingga benar2 sebati. Panaskan oven pada suhu 160c-170c.
  5. Bahagikan kek kepada 6 bahagian,1 cawan bagi satu bahagian dan masing2 diwarnakan ungu,hijau,oren,biru,kuning dan merah
  6. Sediakan tin pembakar,griskan dasarnya dengan mentega dan alas dengan baking paper.
  7. Tuangkan satu adunan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit atau sehingga kek masak..ulang langkah ini pada adunan kek seterusnya sehingga habis. Jika oven besar,boleh la bakar 2 loyang sekaligus.
  8. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven untuk mengelakkan kek mendap ke bawah.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya,bolehlah dideko ikut citarasa masing..selamat mencuba!

  
                                                
                                                       your truly,


Tempahan Coklat Praline 16 cavity(◕‿◕✿)




                                truly,

Tuesday, 13 November 2012

Coklat 35 Caviti Hantaran Tunang




                                                                                                     truly,

Monday, 12 November 2012

Thursday, 1 November 2012

Coklat Hantaran Aini & Azrin 35 cavity

Tema Purple & Putih



                                                                                   
                                                                                     truly,


Tempahan Apam Polkadot 1000 pcs.

Tempahan Apam Polkadot dari kawan sama sekolah Menengah untuk Doorgift. Terima Kasih Aini, Selamat Pengantin Baru.






                                                                                                                        truly ,

Wednesday, 3 October 2012

Photoshop")


Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Rakan2 Bloggers (◕‿◕✿)

 Hari ni thira baru je nak belajar guna photoshop. Thira baca blog tutorial dr HAFIZZI AZIZ. Banyak sangat tutorial yg di terangkan. Kat situ ada tutorial photoshop, simple kalau nak belajar. Thira belajar tutorial tulisan bercorak. hehehe ( orang lain mesti pandai buat ). hasil thira buat kt bawah ni :





Gambar tu sebenarnye gambar masa tunang.
 Lepas ni boleh belajar lagi tutorial dari HAFIZI AZIZ. Terima kasih ye ada kan tutorial macam ni. senang thira nak rujuk dan belajar. 
Selain hasil coklat, apam dan homemade. Dapat jugak belajar ilmu yang baru untuk photoshop.




truly,



Wednesday, 1 February 2012

dupdapdupdap (",)

assalam semua & slmt pg ^___________________^ .. da lme x update blogging.. ari ni thira nk kongsi preparation untk engagement  x lme lg.. rsau nye = =.. mcm2 thira searching kt google. mcm2 pendapt thira.. ade yg bgthu bajet tunang dalam RM2000 something. ade yg lbh dr tu.. kt sni sy senarai checklist sy da siap prepare.

KENDURI
1) Catering
2) Khemah

HANTARAN
1) Potpuri
2) Coklat
3) Kek
4) Baju Kemeja
5) Sirih Junjung
6) Buah-buahan

LAIN2
1)Makeup
2)Baju Kurung
3) Tudung + Veil
4) Pelamin Mini

Wednesday, 11 January 2012

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

1st time membuat apampolkadot

                     
alhamdulillah, akhirnya menjdi jgk.. thnks my mom.^_^

❤BIG DAY❤

Daisypath Wedding tickers

❤My E-Day❤

Daisypath Anniversary tickers

❤My Annivesary❤

Daisypath Anniversary tickers

❤GRADUATE❤

Daisypath Graduation tickers